Saturday 28 December 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri






Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh guru-guru muslim dan muslimah di SK Pekan Telupid bertempat di tapak perhimpunan SK Pekan Telupid. Semua murid, guru dan para jemputan turut meraikannya. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI . MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Membaiki Bangunan Sekolah



Guru-guru bersama Pengawal Keselamatan membaiki bangunan sekolah yang telah reput  pada hari Sabtu demi kebaikan dan keselamatan murid sekolah. Terima kasih atas keprihatinan.

Guru Penyayang



Program Guru Penyayang yang melibatkan semua guru untuk menyambut kehadiran murid ke sekolah seawal pagi dan dilaksanakan setiap hari. Program ini juga dapat mendidik murid menghormati guru. Tahniah kepada semua guru yang terlibat.

Hari Terakhir UPSR



Guru Besar Cemerlang Puan Atianah Noemi Dalus , Penolong Kanan Kurikulum En Dominic Nara dan Penolong Kanan HEM Puan Zainab Ag Dullah bersama murid-murid Tahun 6 selepas kertas terakhir peperiksaan UPSR 2013.

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan.






Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 bertempat di Dewan Mini SK Pekan Telupid.

Sukan Peringkat Zon Telupid

Para atlet bersarapan sebelum acara sukan bermula.
Persediaan murid sebelum acara bermula, para jurulatih memastikan atlet bersedia dari segi fizikal dan mental.

Semua atlet sekolah bergambar bersama Guru Besar  Cemerlang Puan Atianah Noemi Dalus, Penolong Kanan Kokurikulum Encik Rosli Abd Kadir dan  para jurulatih bertempat di SMK Telupid.



Friday 27 December 2013

Sedutan Aktiviti Karnival Kokurikulum


SK Pekan Telupid : Satu aktiviti yang dianjurkan oleh  Unit Kokurikulum telah berlangsung selama seminggu. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan bola sepak murid, pertandingan bola baling, pertandingan bola jaring, pertandingan bola tampar, tarian dan nyanyian. Murid yang terlibat adalah murid tahun 6 selepas peperiksaan UPSR 2013. Karnival ini dirasmikan oleh En Reynold Jisli , Penyelia Pelajaran Daerah Tongod Telupid. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini.

Thursday 26 December 2013

Mesyuarat Akhir Tahun

Mesyuarat akhir tahun telah diadakan di Makmal ICT SK Pekan Telupid yang dipengerusikan oleh Guru Besar Cemerlang  SK Pekan Telupid Puan Atianah Noemi Dalus dan juga semua Penolong Kanan.

Semua unit diminta untuk melaporkan perjalanan aktiviti yang dilakukan sepanjang Tahun.

Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah Tongod Telupid.

SK PEKAN TELUPID: En Mahanin Osman dan Encik Jamain Bakut telah membuat lawatan seawal pagi untuk memberikan motivasi sebelum bermulanya sesi persekolahan 2014.